Friday, March 6, 2009

Thursday, February 26, 2009

Sayangkan kaum sejenis

Soalan
:
Kalau seseorang itu sayangkan kaum sejenis sama dengan kaum lelaki
( sama rata )apa kah yang harus di buat?

.

Jawapan
:
Sifat sayang menyayang adalah dituntut oleh Islam. Walau bagaimanapun ada batasannya iaitu tidak menyayangi kaum sejenis seperti menyayangi seorang kekasih dan perlu menjaga batasan aurat dan pergaulan.

Individu yang terjebak dalam situasi begini hendaklah segera bertaubat dan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti:

1. Segera berkahwin bagi mengelak berlakunya lesbian dan homoseks.

2. Elakkan dari berdua-duaan dengan orang yang terlibat.

3. Penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

4. Banyakkan ibadat sunat seperti berpuasa disamping tidak meninggalkan yang wajib. Tunaikanlah yang wajib dan tinggalkan perkara yang dilarang di samping memperbanyakkan yang sunat.

5. Mencari sahabat-sahabat yang soleh.

syirik- syirik yang sering berlaku

Soalan
:
Saya ingin bertanya tentang syirik- syirik yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita tetapi kita tidak menyedarinya.

.

Jawapan
:
Syirik boleh berlaku melalui i'tiqad (keyakinan), perbuatan atau perkataan. Di antara syirik yang sering berlaku dalam kehidupan kita tanpa disedari ialah mengakui dan meyakini bahawa seseorang bomoh itu berkuasa menyembuhkan pesakit.Sekiranya bomoh itu tak mengubatinya, mungkin dah lama dia meninggal dunia. Dalam hal ini, secara tidak langsung dia telah menyengutukan Allah SWT dengan kata lain bahawa bomoh itu sahaja yang boleh berkuasa menyembuh penyakit tersebut. Sedangkan Allah SWTlah yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Cth. lain: mempercayai pokok-pokok besar mempunyai kuasa dan seumpamanya.

Kita yakin Allah bersifat qudrat

Soalan
:
Saya pernah disoal oleh seseorang berbunyi begini, Kita yakin Allah bersifat qudrat,iaitu Allah berkuasa terhadap sesuatu. Boleh atau tidak, Allah mematikan diriNya? Kita semua yakin ianya merupakan sifat yang mustahil bagi Allah SWT. Bagaimana cara menjawab soalan di atas?

.

Jawapan
:
Bagi menjawab soalan yang dikemukakan itu, saudara hendaklah menjelaskan perkara-perkara berikut;

i. Sesuatu yang hidup bererti benda tersebut mempunyai roh dan jasad, sedangkan Allah SWT tidak mempunyai ruh dan jasad sebagaimana makhluk yang diciptakanNya (Laisa Kamith lihi Syai'un)

ii. Allah SWT awal dan akhir.

iii. Allah SWT hidup dan tidak mati.

Tuesday, February 24, 2009

Adam puas membuli??


Biarpun Adam tidak terbabit dengan sebarang filem tahun lalu, dia sebenarnya masih berminat beraksi di layar perak. Perkembangan terbaru, dia dilamar produksi Harian Inovatif Sdn Bhd bekerjasama dengan Sunday To Sunday Service Sdn Bhd untuk membintangi filem baru, Dimensi Cinta. Filem ini yang akan menjalani penggambaran sejak semalam turut membariskan pelakon popular lain seperti Catriona Ross, Fahrin Ahmad, Eman Manan, Awie, Scha dan Suhaiza Suhaimi (Memey).

Menerusi filem arahan Mohd Aliff Najmi Abdullah atau Eddie Pak itu, Adam memainkan karakter ketua kumpulan tarian hip hop yang berhadapan dengan saingan kumpulan shuffle. Kata Adam, dia bukan hanya berlakon, sebaliknya bertanggungjawab dalam memimpin koreografi dua tarian itu. Berbeza dengan lakonan sebelum ini, kali ini dia berpeluang membawakan watak antagonis dan bercinta dengan rakan seangkatan menerusi AF2, Zarina yang turut berlakon.

"Saya takut menjadi hero tetapi watak antagonis adalah antara watak yang saya idamkan. Namun, sifat jahat saya dalam filem ini hanya merujuk pada sikap suka membuli mereka yang terbabit dengan tarian shuffle.

"Selain fokus pada hip hop, saya juga memantau tarian shuffle. Saya terima tawaran berlakon filem ini kerana ia menampilkan aspek tarian pada watak yang saya bawa," katanya.

Di samping aktiviti lakonan terbaru, Adam juga menyatakan dia kini mula menceburi diri sebagai pengarah telefilem Wira Malam yang diterbitkan di bawah syarikat sendiri, Curio Communication Sdn Bhd. Telefilem ini mengisahkan seorang superhero yang mahir menggunakan senjata mempertahankan diri iaitu muchacho, akan menjalani penggambaran pada April depan.

"Watak ini adalah serius dan mempunyai kostum khas. Buat masa ini, saya masih mencari pelakon wanita yang sesuai untuk telefilem ini dan saya berharap adegan lawan yang ditunjukkan belum pernah ditonton dalam telefilem tempatan sebelum ini.

"Saya sendiri akan memainkan watak utama dan untuk itu, saya kini berlatih sendiri bagaimana menggunakan muchacho dengan mahir. Walaupun saya belum cukup ilmu mengarah tetapi saya ingin belajar dan menimba pengalaman baru.

"Sebelum ini, saya pernah mengarah klip video kumpulan Bad Boys yang menjadi artis pertama yang bernaung di bawah syarikat saya sendiri iaitu Aico Entertainment. Memandangkan kegawatan ekonomi melanda kembali, saya fikir penerbitan telefilem ini sebagai menambah pendapat sampingan saya," katanya.

Mengenai KRU yang menerbitkan album ketiganya, Robot sejak setahun lalu, dia masih gembira untuk terus bernaung di bawah pengurusan tiga beradik, Norman, Yusry dan Edry. Dalam kesibukan berlakon, Adam turut menyatakan dia akan mengadakan persembahan mini konsert di beberapa lokasi seluruh negara.

Selepas Labuan pada 3 Januari lalu, persembahan seterusnya berlangsung di Keningau tidak lama lagi. Menerusi persembahan jelajah ini, Adam juga membawa Bad Boys untuk mengadakan persembahan bersama. Walaupun tiada penaja, dia tetap mahu mengadakan persembahan ini sebagai platform merapatkan hubungan dengan peminatnya.

Isteri naik hantu 'GILA'


Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.
Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.

Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah.

Malah, lebih menakutkannya apabila wanita terbabit mengugut mahu membunuhnya dengan pisau dan serpihan kaca botol. Ini menyebabkan John kerap melarikan diri apabila isterinya mengamuk.

John berkata, tingkah laku ganas isterinya sukar dibendung, malah ada kalanya diibaratkan sama seperti haiwan ganas.

Dalam kejadian terbaru jam 7.30 malam baru-baru ini, dia menghubungi isterinya di pejabat dan meminta segera pulang ke rumah berikutan anak lelaki berusia hampir dua tahun diserang lelah.

“Saya merayu supaya anak dibawa ke klinik di Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia memberi alasan sudah mempunyai rancangan untuk berkaraoke bersama rakan selepas waktu pejabat.

“Lantaran itu, adik kandung saya membantu menghantar anak ke klinik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut John, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada isterinya yang pulang tengah malam, tetapi dihadiahkan dua penumbuk di muka.

Ketika itu, mangsa sedang mendukung anaknya yang menangis sakit. Isterinya pula langsung tidak menunjukkan simpati sebelum menendang suaminya hingga hampir terjatuh.

Sambil menunjukkan kesan tumbukan isterinya pada tiga pintu bilik rumah, John berkata, dia tidak dapat mempertahankan diri berikutan ketika itu menutup kepala dan badan anaknya kerana bimbang turut dicederakan.

Selepas puas membelasah suaminya, wanita itu keluar sebelum pulang keesokan hari dengan mengurung diri dalam bilik.

“Sebaik bangun daripada tidur, dia kembali mengganas mencekik leher saya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.

“Serangan mendadak itu menyebabkan saya terkejut selain anak saya menangis akibat ketakutan. Dia meluru ke dapur sebelum mengambil pisau dan mengacukannya ke arah saya,” katanya.

Mangsa bagaimanapun merampas pisau berkenaan selepas bergelut dengan isterinya.

“Isteri saya kemudian mencapai botol kaca minuman sebelum menghentak ke arah rak dapur untuk memecahkannya. Disebabkan ketakutan, saya mencapai anak sebelum melarikan diri,” katanya sambil mendakwa isterinya menelan beberapa biji pil sakit kepala untuk menyambung tidur.

Dalam kejadian lain, dia sekadar bertanya kepada isterinya menghilang sehari suntuk dengan mengabaikan suami dan anak.

“Entah mengapa dia tiba-tiba mengamuk dan menjadi agresif sebelum menghempaskan semua perkakas rumah, termasuk pinggan mangkuk di dapur,” katanya.

Lelaki malang itu berkata, isterinya cuba menyerang anaknya menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sebelum menghubungi talian Rakan Cop untuk mendapat bantuan polis.

“Sebaik polis sampai ke perkarangan rumah, isteri semakin naik angin dan tidak membenarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun dirayu supaya mengawal perasaan.

“Selepas membuka pintu, dia bersembunyi dalam stor. Selepas dinasihati polis, dia akhirnya berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu,” katanya.

John turut mendakwa isterinya menggunakan wang simpanan anak sebanyak RM3,500 untuk berjoli dan memenuhi tabiat buruknya berjudi.

“Apabila ditanya, dia memberitahu semua wang terbabit sudah habis dibelanjakan, termasuk membayar hutang along,” katanya.

Dia yang sudah membuat tiga aduan di Balai Polis Setapak, berkata dia sendiri pernah terjumpa kad kuning dalam dompet isterinya mengandungi nombor telefon seorang lelaki serta beberapa tulisan pinjaman along dengan anggaran melebihi puluhan ribu ringgit.

Dia berkata, isterinya yang sudah meletakkan jawatan kini bersekedudukan dengan beberapa warga asing dari Timur Tengah.

“Saya dapat berjumpanya di rumah sewa barunya dengan membawa anak. Malangnya, kami dihalau,” katanya.

Menurutnya, dia kini dibelenggu masalah baru apabila beberapa lelaki dipercayai along datang ke rumahnya untuk menuntut hutang isterinya.